the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lulus dua RUU berkaitan pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 – Fadillah

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Dua rang undang-undang (RUU) berkaitan Pelabuhan Bintulu yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kelulusan RUU Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 juga selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.

“Ini merupakan sejarah yang membuktikan kerjasama erat kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan di bawah semangat MA63 yang akhirnya diluluskan dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen,“ katanya dalam sidang media di Parlimen.

Fadillah, yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta semua yang terlibat menjayakan rundingan itu.

Susulan itu, beliau berkata tiga jawatankuasa akan ditubuh bagi meneruskan proses rundingan iaitu Jawatankuasa Teknikal peringkat pegawai, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Khas.

Fadillah berkata jawatankuasa itu akan memperinci segala rundingan berkaitan teknikal, kewangan, sumber manusia dan pengurusan aset yang dijangka dimuktamad tahun ini.

Beliau juga berkata operasi Pelabuhan Bintulu akan berjalan seperti biasa mengikut syarikat yang telah dilantik sebelum sebarang perkara dimuktamad kelak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img