the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MADA siap siaga hadapi musim kering monsun barat daya

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersedia menghadapi Monsun Barat Daya bermula bulan ini yang dijangka membawa cuaca kering serta kemarau, bagi memastikan aktiviti penanaman padi Musim 1/2025 di Kawasan Muda dapat dilaksanakan.

Justeru, MADA menasihatkan peladang mematuhi jadual penanaman yang ditetapkan dan mempercepat menanam di sawah mereka untuk memastikan kelancaran aktiviti tanaman padi.

“MADA mengambil langkah mempergiat operasi penggunaan pam guna semula air saliran dan pam penggalak bagi menambah kuantiti air pengairan serta mempercepat bekalan air ke bendang.

“MADA juga akan mengoperasikan pam bergerak ke kawasan bendang bagi membantu peladang mendapatkan bekalan air daripada sistem rangkaian pengairan,” menurut kenyataan MADA hari ini.

Pihak MADA turut mengadakan taklimat serta mesyuarat bersama pegawai dan peladang bagi membincangkan serta menyelesaikan masalah pengairan, selain meningkatkan aktiviti pengembangan untuk memastikan peladang mengikut jadual penanaman padi.

Menurut kenyataan itu, untuk menghadapi musim kering, kerjasama para peladang amat penting bagi memastikan kelangsungan aktiviti penanaman padi.

“Pengurusan air yang cekap dan berhemah di peringkat ladang memainkan peranan besar dalam memastikan bekalan air dapat diagihkan secara adil dan mencukupi sepanjang musim.

“Selain itu, pemantauan berkala di peringkat sawah turut digalakkan bagi mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan hasil tanaman,” katanya.

Dalam pada itu, MADA memaklumkan setakat semalam paras takungan air di tiga empangan utama kendaliannya, iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda, dan Empangan Ahning berada pada tahap mencukupi.

Ini menunjukkan simpanan air keseluruhan mampu menyokong keperluan pengairan bagi tanaman padi Musim 1/2025 di Kawasan Muda.

“Bekalan air untuk tujuan pengairan padi musim ini akan disalurkan melalui pelepasan empangan dan diagihkan secara berfasa berdasarkan kepada Jadual Penanaman Padi Musim 1/2025,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings