the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib berkata beliau tidak menganggap dirinya pakar korporat dan lebih menekankan dirinya sebagai seorang ahli politik dan kemudian seseorang di dalam kerajaan.

“Saya lebih seorang ahli politik dan seseorang dalam kerajaan, lebih kepada melihat dasar kerajaan secara keseluruhan dan pelaksanaannya. Saya tidak pernah benar-benar terlibat dalam bidang korporat secara langsung,” kata Najib, sambil menambah bahawa beliau menganggap dirinya sebagai seorang ahli politik sepenuh masa.

Najib mula menceburi bidang politik pada 1976, menggantikan arwah bapanya Tun Abdul Razak Hussein sebagai Ahli Parlimen Pekan, Pahang pada usia 23 tahun.

Bekas perdana menteri itu kemudiannya dilepaskan daripada kandang saksi hari ini, selepas Muhammad Shafee menamatkan pemeriksaan semula dalam perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sejak prosiding pembelaan bermula pada 2 Dis tahun lepas, Najib, 71, berada 26 hari di mahkamah, membentangkan kenyataan saksinya setebal 678 muka surat dalam empat jilid.

Najib telah menjalani pemeriksaan utama dan pemeriksaan semula oleh Muhammad Shafee, manakala pemeriksaan balas oleh beberapa timbalan pendakwa raya termasuk Kamal Baharin Omar dan Ahmad Akram Gharib.

Pihak pembelaan juga memanggil bekas Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Catherine Nicholas bagi mengesahkan rekod rayuan berkaitan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dalam perbicaraan pemalsuan audit 1MDB. Perbicaraan itu sebelum ini dikendalikan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan.

Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa 25 lagi saksi, termasuk pengarah syarikat, peguam dan individu yang didakwa menemani Najib untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi pada tahun 2010, akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 30 Okt tahun lepas, Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan akan bersambung pada 10 Feb.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings