the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Rayuan tolak saman fitnah Mabel terhadap Rewcastle-Brown

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Mabel Sheela Mutthiah, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM100 juta terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Kes ini melibatkan tiga artikel yang diterbitkan pada 2015, termasuk satu bertajuk ‘Bagaimana Pejabat Peguam Negara berkomplot untuk Menghalang Bedah Siasat Kedua ke atas Kevin Morais– Pendedahan Eksklusif’.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi memutuskan bahawa plaintif gagal mematuhi keperluan untuk mengemukakan terjemahan artikel dalam Bahasa Melayu seperti ditetapkan dalam Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

“Tiada terjemahan disediakan, justeru kami tidak mendapati sebarang kesilapan dalam keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan ditolak dengan kos RM10,000,“ jelas Azizah.

Mabel Sheela, bekas pegawai khas Tan Sri Mohamed Apandi Ali, diwakili peguam Datuk David Gurupatham, manakala Rewcastle-Brown diwakili Guok Ngek Seong.

Pada Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah menolak saman itu dengan alasan kegagalan mematuhi keperluan bahasa kebangsaan.

Mabel memfailkan saman pada 2019 selepas artikel Sarawak Report didakwa mengaitkannya dengan mesej teks kepada keluarga mendiang Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.

Beliau menafikan dakwaan tersebut dan menuntut ganti rugi serta arahan mandatori untuk mengeluarkan artikel berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img