the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Majoriti kanak-kanak GISBH di Perak telah dituntut keluarga – Exco

IPOH: Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed tidak mendedahkan jumlah kanak-kanak yang telah dituntut itu.

“Apa jua tindakan dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bagi melindungi kanak-kanak terbabit berdasarkan kepada siasatan menyeluruh yang dilakukan pihak berkuasa,“ katanya kepada pemberita selepas Program Sejahtera Warga Emas Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri dilaporkan berkata 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISBH, masih belum dituntut ibu bapa mereka.

Dalam perkembangan lain, Salbiah berkata bayi lelaki baharu lahir yang ditemukan dalam semak di Kampung Permatang dekat Sitiawan Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menempatkan bayi berkenaan di pusat jagaan di bawah JKM.

Bayi lelaki itu ditemukan orang awam dalam semak di belakang sebuah surau dengan keadaan berbalut kain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings