KUALA LUMPUR: Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi eksport pertanian, Malaysia meningkatkan import beras dari Pakistan.
Beliau menyatakan terdapat minat untuk mengeksport daging dan daging lembu ke Malaysia.
“Sudah tentunya kita akan memudahkan perkara ini,“ katanya.
“Memandangkan anda (Shehbaz) telah memberi jaminan kepada kami bahawa harga akan kompetitif, kami sudah pastinya akan melakukan apa yang perlu (untuk memudahkan eksport daging) yang bernilai sehingga USD200 juta.”
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia hari ini. – Bernama