the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai pusat latihan pengaman serantau, antarabangsa

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan sahaja bersedia menggerakkan pasukan pengaman ke Palestin malah turut memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dalam latihan dan pengekalan keamanan peringkat serantau serta antarabangsa.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata keupayaan Malaysia itu merangkumi bukan sahaja penglibatan ketenteraan tetapi juga bidang kemanusiaan, rundingan diplomatik dan latihan pengaman yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata kebolehan negara dalam mengekalkan keamanan selepas konflik merupakan satu kekuatan yang dilihat oleh komuniti antarabangsa, dengan merujuk peranan Malaysia dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja sebelum ini.

“Malaysia dianggap sebagai pusat latihan serantau PBB bagi rantau ini. Ia bukan sahaja membuktikan kebolehan kita dalam menyediakan anggota berkemahiran tinggi malah menjadikan kita sebagai rujukan dalam konteks latihan pengaman.

“Yang paling penting bukan hanya menyelesaikan konflik, tetapi bagaimana kita mengekalkan keamanan selepasnya. Di sinilah strategi Malaysia perlu digarap dan diperkukuh,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu usaha dan cabaran yang dihadapi kerajaan bagi menggesa penghantaran pasukan pengaman PBB ke wilayah Palestin agar genosid yang berlaku dapat dihentikan.

Adly berkata Pusat Pengaman Malaysia (PPM) tidak hanya melatih anggota tempatan tetapi juga menjadi pusat latihan bagi peserta dari negara ASEAN dan lain-lain, selaras dengan peranan Malaysia dalam mempromosi keamanan serantau.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia mampu menjadi ‘kancil diplomasi’ di tengah-tengah kuasa besar dunia, menerusi kekuatan rundingan dan diplomasi pertahanan seiring dengan cadangan mewujudkan platform seperti Forum Kemanusiaan Sedunia.

“Kita mungkin kecil dari sudut ketenteraan tetapi kekuatan kita terletak pada kuasa rundingan yang boleh menjadi model seperti Geneva,” katanya sambil mencadangkan Malaysia mempelopori inisiatif global dalam aspek bantuan kemanusiaan dan perlindungan pasukan bantuan.

Adly turut memaklumkan penyertaan Malaysia dalam misi pengaman bukan hanya bersandarkan kepada konsensus ASEAN, sebaliknya memerlukan dukungan lebih luas termasuk lebih 70 negara yang terlibat dalam sistem Sistem Keupayaan dan Kesiagaan Operasi Pengaman (PCRS).

“ASEAN adalah satu ruang diplomatik penting namun kita juga perlu bergerak dalam kerangka antarabangsa untuk memastikan pasukan pengaman kita dapat dihantar ke lokasi yang memerlukan,” katanya yang turut menyentuh sumbangan Malaysia dalam misi bantuan kesihatan dan pembangunan semula Palestin, termasuk kerjasama dua hala dengan Jepun.

Adly menegaskan bahawa Malaysia bersedia memikul tanggungjawab lebih besar dalam menjayakan misi keamanan global, termasuk di Palestin dan Gaza sekiranya diberi mandat oleh Majlis Keselamatan PBB.

“Dengan kesiapsiagaan aset dan sumber manusia serta pengiktirafan terhadap pusat latihan kita, Malaysia berada dalam posisi strategik untuk memainkan peranan lebih signifikan dalam menjaga keamanan dunia,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings