the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sasar hubungan ekonomi kukuh dengan Vietnam menerusi industri baharu – PM Anwar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

VIENTIANE: Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi bersama-sama Vietnam dengan meneroka peluang bagi penglibatan sektor swasta dalam industri baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa pertumbuhan pesat perindustrian Vietnam memperlihatkan potensi besar terhadap kerjasama yang akan memanfaatkan kedua-dua ekonomi, terutama memandangkan permintaan global terhadap teknologi termaju yang meningkat.

“Malaysia berminat untuk meneroka peluang bagi penglibatan sektor swasta dalam rantaian nilai baharu, khususnya dalam industri kenderaan elektrik, elektronik, semikonduktor dan bahan termaju,“ kata Anwar dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau dari Vietnam, Pham Minh Chinh, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Laos.

Beliau berkata Malaysia bersedia membantu Vietnam dalam meningkatkan sistem pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan perikanan dengan berkongsi amalan terbaik.

Selain itu, turut dibincangkan adalah kerjasama dalam bidang industri halal, yang menyaksikan Malaysia, selaku peneraju global dalam pensijilan halal, menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Vietnam.

“Malaysia bersedia untuk menawarkan kepakaran dalam pensijilan dan pematuhan halal, yang boleh membuka peluang baharu untuk Vietnam dalam pasaran halal global,“ kata Perdana Menteri.

Hanoi adalah rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia di dunia dan rakan dagang keempat terbesarnya di ASEAN, selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pada Julai, kedua-dua negara dilaporkan bersetuju untuk berusaha mencapai sasaran perolehan perdagangan dua hala US$18 bilion secepat mungkin, dengan mewujudkan persekitaran menggalakkan dalam produk dan perkhidmatan, termasuk barangan halal, untuk memasuki pasaran pengguna di kedua-dua negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img