the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sedia anjur Mesyuarat Penyelarasan Pertama Malaysia-Arab Saudi, kukuh kerjasama

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia dan Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama lebih mendalam antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang dikongsikan melalui catatan di Facebook hari ini.

“Dalam pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Ini termasuk kerjasama dalam beberapa sektor baharu, antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau, tenaga bersih, serta petrokimia.

“Kami juga sempat bertukar pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” kata Anwar.

Menurut Perdana Menteri, beliau optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi akan menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyatakan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi atas penganjuran Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam serta usaha berterusan membantu umat Islam yang ditindas.

“Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk menjemput Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama Teluk) di Kuala Lumpur,” katanya.

Anwar tiba di Riyadh, Arab Saudi, semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam.

Kehadiran Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu adalah untuk menyuarakan pandangan dan membawa mandat rakyat Malaysia mengenai kekejaman berterusan serta isu kemanusiaan yang berpunca daripada tindakan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lebanon.

Anwar dijadualkan kembali ke Kaherah untuk meneruskan lawatan rasmi empat harinya ke Mesir, yang bermula pada Sabtu lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings