the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tidak akan tinggalkan rakyat Palestin berjuang sendiri – Ahmad Zahid

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan meninggalkan rakyat Palestin berjuang bersendirian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulangi pendirian dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak akan lupa apatah lagi leka dalam membela nasib rakyat Palestin, yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri atas kelantangannya menyatakan pendirian tegas Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menyentuh perkara sama, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berusaha membawa rakyat Palestin mendapatkan rawatan di hospital angkatan tentera di negara ini.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Luar dalam peranan aktif sehingga membawa kepada penerimaan keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Ini bukti bahawa kita tidak hanya berpolitik, kita komited. Insya-Allah kita akan meneruskan sokongan sehingga Palestin dapat menghirup udara kemerdekaan dalam erti kata sebenar,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus mempertahankan Sabah daripada tuntutan pihak luar.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said susulan kejayaan di Mahkamah Antarabangsa The Hague Belanda, Perancis dan Sepanyol dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu.

“Kejayaan ini amat bermakna buat kedaulatan rakyat negeri Sabah. Kepada rakan-rakan dari Sabah, kita akan pertahankan bumi Sabah. Kita tak rela ada pihak lain menuntut bumi Sabah, Sabah sebuah negeri bumi merdeka,” katanya.

Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa, yang mengeluarkan Award Akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana menghina mahkamah.

Azalina pada 8 Jan lepas berkata Mahkamah Sepanyol turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

Malaysia memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya berhubung Award Akhir di negara lain.

Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan Award Akhir itu kepada lapan warga Filipina terbabit dan bagi menguatkuasakannya, mereka dilaporkan telah cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img