the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Maritim Malaysia temukan 160kg daging penyu kering cuba diseludup di Kudat

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah menemukan 160 kilogram (kg) daging penyu kering dalam 23 guni dipercayai cuba diseludup keluar dari Sabah melalui perairan Kudat pada Ahad lepas.

Pengarah berkenaan Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata pihaknya juga menemukan 500 kg balat dalam 52 guni yang kedua-dua barangan itu telah dicampak keluar oleh suspek setelah bot peronda Maritim Malaysia menghampiri bot yang mereka gunakan.

Maurice berkata terdahulu Maritim Malaysia telah mengesan bot yang sedang melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan pesisir timur Pantai Tanjung Kalutan, Kudat sekitar 5 petang.

“Semasa cuba menghampiri bot terbabit, suspek telah bertindak melarikan diri ke kawasan cetek bagi mengelak daripada ditahan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata barangan rampasan dianggar bernilai RM200,000 diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Dalam satu kes berasingan, Maurice berkata Maritim Malaysia telah menahan dua individu yang mengendalikan bot tanpa nombor pendaftaran di perairan 1.85 nautika tenggara Tagumamal Laut, Kudat, pada Sabtu lepas.

“Kedua-dua suspek bersama bot serta hasil tangkapan telah ditahan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana tidak mempunyai lesen perikanan dan menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings