the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat bayi bawah lantai simen: Polis kesan penyewa wanita Indonesia

IPOH: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa di rumah tempat penemuan mayat bayi di bawah lantai simen, di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata berdasarkan penerangan pemilik rumah berkenaan, rumah itu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia dengan bayaran RM400 sebulan namun wanita itu telah melarikan diri sejak sebulan lalu.

“Pemilik rumah tinggal selang sebuah rumah dari rumah sewanya dan nampak perempuan Indonesia itu mengandung serta akan mengutip sewa setiap bulan memandangkan penyewa membayar secara tunai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun membuat laporan terjumpa mayat bayi di bawah lantai simen ketika mahu mengubah suai rumah yang baru disewanya itu.

Abang Zainal berkata ketika mengorek simen ruang tempat letak kereta, lelaki itu menjumpai cebisan kain sarung dan menjumpai jasad kecil itu di dalam kain tersebut.

Beliau berkata berdasarkan keterangan pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, mayat bayi perempuan itu tidak mempunyai sebarang kecederaan.

“Bayi itu dipercayai berumur tujuh bulan ketika dilahirkan, manakala bedah siasat ke atas mayat akan dilakukan esok,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings