the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
27.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat wanita dengan kesan tembakan ditemukan di Durian Burung

ALOR SETAR: Mayat seorang wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Supt Mulkiaman Manzar berkata mayat wanita yang dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan oleh orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

“Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 7 malam. Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings