the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka Perkenal Smart AI Tourism Tingkat Pengalaman Pelancong

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka bakal memperkenalkan inisiatif pelancongan pintar baharu dikenali sebagai “Smart AI Tourism Melaka” menjelang September ini, dalam usaha memperkukuh ekosistem pelancongan digital di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu akan memudahkan pelancong mendapatkan maklumat arah dan lokasi tumpuan pelancongan dengan lebih cepat serta meningkatkan pengalaman lawatan secara menyeluruh.

“Inisiatif ini berperanan sebagai jurubahasa dan pemandu arah dalam pelbagai bahasa untuk memperkenalkan lokasi tarikan serta bersejarah, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka 2025 di sini, malam tadi.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan kerjasama strategik antara Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Rohas-Euco Industries Berhad, Maxis Broadband Sdn. Bhd. dan U Mobile Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata berbanding paparan maklumat statik seperti papan info, Smart AI Tourism Melaka akan membolehkan interaksi dua hala melalui penggunaan teknologi seperti kod QR yang menterjemah kandungan ke pelbagai bahasa, serta memberi akses kepada maklumat lanjut menerusi laman rasmi pelancongan negeri.

Sementara itu, beliau memaklumkan Melaka kini mencatatkan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk (CoPA) sebanyak 99.97 peratus, manakala liputan 5G mencapai 89.7 peratus, dengan purata kelajuan jalur lebar mudah alih mencecah 121 Mbps, melepasi sasaran nasional 100 Mbps.

“Kerajaan negeri menyasarkan capaian 100 peratus liputan 4G dan 5G di semua kawasan berpenduduk menjelang 2027,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img