AFPAFP

NEW DELHI: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan Mohamad Ishaq Dar menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di Istanbul pada Sabtu untuk membincangkan perang genosid Israel ke atas Gaza.

“Menteri-menteri luar D8 akan membincangkan tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa untuk membawa gencatan senjata segera dan tanpa syarat, serta menamatkan perang tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar ke atas rakyat Gaza,“ kata Kementerian Luar Pakistan.

Mesyuarat itu, yang bertujuan menggerakkan sokongan untuk Palestin dalam kalangan negara anggota, dijangka menyediakan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan kepada rakyat Palestin, menurut kenyataan D8.

D8 yang beribu pejabat di Istanbul terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.