the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menyamar polis sebelum samun, 10 lelaki ditahan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PETALING JAYA: Polis menahan 10 lelaki dipercayai terlibat kes menyamar sebagai polis sebelum menyamun penunggang motosikal dan melarikan kenderaan mereka di kawasan lebuh raya dan jalan besar sekitar Selangor.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemuanya yang berusia 25 hingga 39 tahun dan bekerja sebagai penunda kenderaan, penghantar barang serta juruteknik ditahan sekitar Petaling Jaya pada 5 pagi, 20 Okt lepas.

“Siasatan mendapati mereka melakukan perbuatan jenayah itu pada waktu malam hingga awal pagi dengan menyamar sebagai anggota polis menggunakan dua motosikal.

“Mereka akan menahan penunggang motosikal kononnya untuk membuat pemeriksaan sebelum bertindak membawa lari barangan peribadi dan motosikal mangsa,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Hasil penahanan itu, katanya polis telah merampas sebanyak tujuh motosikal.

Sasikala Devi berkata siasatan awal mendapati tujuh daripada 10 indvidu itu mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan 10 rekod berkaitan dadah selain dua daripada mereka positif dadah.

Beliau berkata dengan penahanan itu, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan 10 kes samun sekitar Selangor dan kesemua lelaki itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Sasikala Devi berkata polis berjaya menumpaskan Geng Bulat dengan penahanan tiga anggota kumpulannya yang berusia lingkungan 19 hingga 43 tahun, dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal dalam Op Lejang di sekitar Jeram, Sungai Buloh sejak 21 hingga 25 Okt lepas.

“Polis turut merampas 14 motosikal selain menahan seorang warga asing yang dipercayai membeli motosikal curi jenis Honda EX5 pada harga RM150 daripada suspek,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Geng Bulat biasanya akan memantau sasaran mereka sehari sebelum melakukan perbuatan itu khususnya motosikal yang diparkir di kawasan kaki lima atau pangsapuri.

Motosikal yang menjadi sasaran kumpulan itu, menurut beliau antaranya Honda Ex5, Yamaha Ego serta beberapa jenama lain manakala semakan mendapati tiga suspek terbabit yang kini direman hingga 12 Nov ini memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Sasikala Devi berkata dengan tertangkapnya Geng Bulat, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kuranya 13 kes curi motosikal di Selangor melibatkan kerugian dianggar bernilai RM32,000.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img