the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Miliki bahan lucah: Suspek culik Albertine Leo direman lagi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JOHOR BAHRU: Lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, direman sekali lagi hari ini bagi membantu siasatan kes memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah.

Majistret Azureen Sahira Sauffe Afandi membenarkan reman selama enam hari terhadap lelaki berusia 31 tahun itu di Mahkamah Majistret Kulai.

Tempoh reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama 13 hari bermula 23 Julai lepas sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata suspek kemudian ditahan semula semalam susulan penemuan pelbagai alat permainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai.

Albertine Leo disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam, 20 Julai, di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri sebelum kanak-kanak itu ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai lepas.

Polis menahan seorang lelaki yang dijumpai bersama mangsa bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img