the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITI bentang analisis baharu impak tarif AS di mesyuarat NGCC esok – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer.

“Perubahan macam ini memaksa kita membuat analisis baharu dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat,“ katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Natalie C. Uy leads University Pad with a legacy rooted in education, community, and...

Natalie C. Uy continues to lead University Pad with a vision centred on education, community, and integrity, providing flexible accommodation that supports students, young professionals, OFWs, and travellers while fostering personal growth, well-being, and a strong sense of belonging.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings