KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang ingin mendapatkan pengesahan Sijil Tempasal Berkeutamaan (PCO) di bawah skim Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu mematuhi tatacara terkini bermula esok 4 Mei, 2020.
Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata langkah ini penting bagi memastikan urusan eksport dan import ke negara-negara FTA dan Sistem Keutamaan Am (GSP) dapat diteruskan dengan lancar.
“Selaras dengan prosedur operasi standard PKPB, pengesahan PCO akan terus dibuat secara back-office di Menara MITI dan semua pejabat MITI Wilayah,” menurutnya.
Bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pertanyaan mengenai analisis kos (CA), PCO atau Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) hubungi Careline DagangNet dan e-mel kepada careline@dagangnet.com atau talian 1-300-133-133.
Syarikat juga boleh e-mel kepada pegawai MITI di pco@miti.gov.my berkaitan CA dan PCO serta e-mel kepada npco@miti.gov.my jika mahu mendapatkan khidmat nasihat memgenai NPCO.
Sebarang masalah teknikal berkaitan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) E-Form D boleh dilaksanakan menerusi e-mel ke careline@dagangnet.com dan apbpm@miti.gov.my atau hubungi 1-300-133-133.