the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITRA berjaya direformasi di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim – Ramanan

KUALA LUMPUR: Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) telah berjaya direformasikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hala tuju yang lebih jelas, telus dan berkesan untuk pembangunan masyarakat India, khususnya golongan B40.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata di bawah kepimpinan Anwar, Pasukan Petugas Khas MITRA telah ditubuhkan bagi mengawal selia dan memantau setiap program yang dilaksanakan di bawah agensi terbabit.

“MITRA kini nampak lebih bebas dan telus jika dibandingkan dahulu. Inilah reformasi sebenar yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI terhadap MITRA.”

“Jika dahulu, jarang sekali kita mendengar apa-apa penjelasan kerajaan mengenai MITRA ataupun SEDIC (nama lama MITRA).”

“Kerajaan MADANI sekarang tidak melindungi sebarang perkara berkaitan MITRA. Setiap program dan penerima manfaat juga akan disenaraikan menerusi laman web MITRA, tidak seperti sebelum ini,“ katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) MITRA di Dewan Negara.

Mengenai isu ketiadaan wakil kaum India untuk menyuarakan isu komuniti terbabit, Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa suara dan aspirasi masyarakat India tidak pernah diketepikan.

Suara masyarakat India disalurkan melalui MITRA, wakil Rakyat, Senator dan pelbagai mekanisme konsultasi yang ada.

Malah, katanya Anwar adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang memberikan ruang cukup bebas dan terbuka untuk bersuara dan memberikan pandangan termasuk isu berkaitan komuniti India.

Isu komuniti India akan diberi perhatian sewajarnya dalam proses merangka dasar dan pelaksanaan inisiatif kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kelulusan peruntukan MITRA telah mencecah RM62.28 juta atau 62.3% setakat 15 Ogos lepas daripada RM100 juta yang disediakan untuk tahun ini.

Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi kelulusan untuk melaksanakan 23 program di bawah inisiatif Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI).

Program ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat India iaitu pendidikan dan latihan, kerohanian dan kebudayaan serta kesejahteraan sosial.

“Peruntukan pembangunan untuk masyarakat India di negara ini bukanlah terhad kepada RM100 juta semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai peruntukan lain yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi yang meliputi semua kaum.”

“Kerajaan MADANI juga sentiasa terbuka untuk menilai semula struktur pentadbiran MITRA, termasuk cadangan untuk menaikkannya menjadi sebuah agensi dengan kuasa yang lebih besar.”

Setiap cadangan penambahbaikan akan memberikan kesan yang efektif terhadap sistem penyampaian MITRA. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings