the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan ‘kuasa’ yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sehingga kini kementeriannya masih belum menerima penjelasan yang terperinci.

“Saya diberitahu bahawa program MM2H akan diturun kuasa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), saya hanya ingin tahu apa itu ‘turun kuasa’?

“Adakah ia termasuk Sarawak akan mengeluarkan lesen kepada agensi-agensi, mereka yang akan mengendalikan MM2H, adakah Sarawak dan Sabah diberi hak tersebut?,” katanya selepas perasmian sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan 2024 di sini hari ini.

Karim berkata beliau dimaklumkan bahawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing akan mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan perkara tersebut.

“Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing akan bertemu Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa seminggu lagi untuk perbincangan,” katanya.

Sebelum ini, Tiong dilaporkan berkata peraturan baharu bagi program MM2H akan mendapat kelulusan Kabinet dan pengumuman mengenai perinciannya dijangka dibuat dalam masa terdekat.

MM2H telah diperkenalkan pada 2002 bagi membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia, namun program tersebut telah dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengkaji serta menilai semula program itu secara komprehensif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings