the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah – Loke

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pihak kementerian tidak bertanggungjawab mengawal kadar tambang bas sekolah kerana isu ini tidak berada di bawah bidang kuasa mereka.

“Tambang bas itu bukan di bawah kita, kita tidak ada kawalan. Tambang bas itu sudah tidak lagi regulated. Ia antara (perbincangan dan persetujuan daripada) pihak ibu bapa (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dengan pengusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu kenaikan tambang bas sekolah yang dijangka meningkat antara RM5 hingga RM10 selepas sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menggesa Kementerian Pengangkutan untuk campur tangan bagi mengelakkan kenaikan tambang bas sekolah yang dijadualkan bermula Februari ini.

Pada Rabu lepas, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof memaklumkan pengusaha bas telah menyuarakan hasrat untuk menaikkan tambang berkenaan, namun keputusan akhir akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan pihak ibu bapa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings