the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas pelajar UPSI: Sultan Pahang titah Masjid anjur solat jenazah ghaib

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak.

Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan berkata baginda turut menitahkan solat berkenaan selain bacaan Yasin dan tahlil, dilaksanakan selepas solat maghrib esok.

“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta mendoakan semoga Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

Pada awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sea and OpenAI Bring Regional Codex Hackathon Series to Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Sea and OpenAI today announced the Malaysia edition of the Sea x OpenAI Regional Codex Hackathon Series, which will take place in Kuala Lumpur on Saturday, 5 December.

Cloudsome Showcases Unified Multi-Model AI Access at TOKEN2049 Singapore 2026

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Cloudsome, an AI service platform for global developers, showcased a unified API at TOKEN2049 Singapore 2026, held at Marina Bay Sands on 7–8 October.

Most Viewed

spot_img