the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap keanggotaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan eksport bagi tempoh jangka masa panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.

“Kita telah menubuhkan keyakinan anggota BRICS terhadap kepimipinan negara.

“Secara kumulatif dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) BRICS pada masa ini berjumlah lebih kurang 26 peratus daripada KDNK dunia, hampir sama dengan kekuatan ekonomi negara Kumpulan Tujuh (G7),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mengenai kesan penerimaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menegaskan Malaysia berpendirian jelas untuk tidak mengambil kesempatan terhadap konflik perdagangan antarabangsa.

“Malaysia sentiasa berpegang pada dasar ‘tidak bersekutu’ dengan mana-mana negara kuasa ekonomi dalam menangani isu-isu antarabangsa termasuk perang perdagangan melibatkan Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia.

“Bagi memastikan negara tidak tersepit dalam kancah peperangan perdagangan di kalangan negara-negara kuasa ekonomi yang maju, kerajaan akan terus berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan diplomasi perdagangan dengan semua negara,“ katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengukuhkan hubungan diplomatik dengan mengekalkan hubungan perdagangan yang positif dengan semua rakan dagang termasuk AS, China dan Rusia dan negara dagang bukan tradisional.

“Malaysia sebagai sebuah negara terbuka dari segi perdagangan sentiasa pegang pendekatan ekonomi terbuka dan dasar mesra, kita nak jadi pragmatik dan menyokong iklim perdagangan serta pelaburan yang kondusif,“ kata Tengku Zafrul.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings