the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Ng Ka Wan, 30, ditemukan pada jarak 5.6 kilometer atau tiga batu nautika oleh bot agensi Polis Marin petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata 18 orang anggota bomba, polis (16), Angkatan Pertahanan Awam (7 dan sebuah bot) serta satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Teluk Intan terbabit dalam melaksanakan operasi mencari mangsa tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk tujuan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengecaman ahli keluarga terdekat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal tamat sepenuhnya pada 5.40 petang tadi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang membaiki bot tersebut di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk berkata makluman awal kejadian mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings