the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Cantas: 12 lelaki warga India, Bangladesh ditahan dalam bas ekspres

KOTA BHARU: Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata ketika menjalankan Op Cantas kira-kira pukul 1 pagi, pihaknya telah menahan sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan terhadap semua penumpang di dalam bas terbabit mendapati lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warganegara Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Gua Musang untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,“ katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kejayaan tangkapan warga asing dalam operasi yang dijalankan adalah hasil daripada kerjasama antara pihak imigresen dan polis dalam mengekang pergerakan warga asing yang tiada dokumen di negara ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings