the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat – Nurul Izzah

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KLUANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata disebabkan itu, fokus jentera mereka ialah bekerja sebaik-baiknya untuk membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Kami daripada PKR dalam siri bertemu dan menziarahi pengundi DUN Mahkota dan lebih-lebih lagi (kunjungan ini) untuk mengingatkan mereka tentang hari pengundian agar (pengundi) beri undi dan menangkan calon BN kerana penting mendapat perwakilan yang mampu berkhidmat.

“Saya datang sini dengan semangat setia kawan dan persahabatan. Kami mahu memastikan bahawa kami mendapat sokongan padu (daripada pengundi). Pertama sekali, kami berada di medan perang dan kami mahu menang dan meyakinkan pengundi untuk mereka memberikan sokongan penuh,” katanya.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang berkata demikian semasa ditemui pada Program Ziarah Kasih di Taman Ilham di sini hari ini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Selain itu, Nurul Izzah juga merayu kepada semua pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 28 Sept ini, kerana setiap undi berharga dalam pilihan raya.

“Tolong berikan undi anda dan insya-Allah kami akan berkhidmat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kami sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan demi rakyat Johor dan kita hendak pastikan ada kesinambungan yang berterusan,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img