the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing – Pengerusi

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB mempertimbangkan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing yang memberi kemudahan pemindahan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melaksanakan proses Kenali Pelanggan Anda (KYC) dengan sewajarnya pada masa itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pasukan petugas komited sepenuhnya untuk menangani perkara berkaitan 1MDB secara telus dan memastikan semua pihak terbabit adalah bertanggungjawab.

“Kerumitan perjanjian penyelesaian memerlukan semakan yang teliti dan Pasukan Petugas 1MDB mengambil bahagian secara aktif dalam proses timbang tara untuk memastikan penyelesaian yang adil demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata pasukan petugas juga sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka atau cuai dalam mencapai perjanjian penyelesaian.

Beliau berkata pada masa ini, didapati perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan sewajarnya daripada Goldman Sachs Group Inc.

“Sebarang tindakan sedemikian di pihak perunding dan peguam, yang gagal merundingkan perjanjian penyelesaian yang adil dan jelas telah menjejaskan kedudukan kerajaan Malaysia dalam pertikaian yang sedang berjalan,” katanya.

Menurut Johari, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan syarikat itu membayar bayaran tunai US$2.5 bilion (US$=RM4.728) dan memberikan jaminan pemulihan aset sebanyak US$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Johari berkata kerajaan Malaysia telah memfailkan jawapan balas pada 8 Nov, 2023, terhadap permohonan untuk timbang tara Goldman Sachs dan pihak terbabit kini dalam proses bersetuju mengenai jadual waktu tatacara.

Untuk makluman orang ramai, 1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak US$606 juta kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah US$6.5 bilion.

Penglibatan secara langsung Goldman Sachs dalam skandal 1MDB telah menyaksikannya didenda oleh pelbagai pihak pengawal selia, termasuk Jabatan Kehakiman AS yang berjumlah US$2.9 bilion.

Jumlah denda dibayar oleh Goldman Sachs adalah melebihi bayaran tunai yang dibuat kepada kerajaan Malaysia (US$2.5 bilion), walaupun Malaysia mengalami kesan terbesar daripada skandal 1MDB apabila perlu membayar sebanyak US$6.5 bilion (jumlah prinsipal) serta faedah kira-kira US$3.2 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk melunaskan hutang 1MDB.

Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada cubaan Goldman Sachs untuk mengimbangi denda yang dikenakan ke atas AMMB Holdings Bhd (RM2.8 bilion) serta perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) (US$1.8 bilion) terhadap jaminan pemulihan aset bernilai US$1.4 bilion.

Goldman Sachs menyatakan bahawa obligasinya di bawah jaminan pemulihan aset telah dilepaskan melalui usaha itu.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempertikaikan perkara itu dan menegaskan bahawa denda yang dikenakan ke atas Ambank serta penyelesaian dengan IPIC adalah tidak termasuk dalam skop jaminan pemulihan aset yang bernilai US$1.4 bilion. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings