the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM keluarkan lakaran wajah suspek simbah asid Muhammad Faisal Halim

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengeluarkan lakaran wajah, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah asid kepada pemain bola sepak pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M. Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings