the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
29.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelajar OKU dakwa dicabul guru di Rembau

REMBAU: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa cabul oleh seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 5 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau, Supt Hasani Hussain, mengesahkan laporan dibuat oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada pukul 5.15 petang semalam.

Mangsa mendakwa guru lelaki berusia 36 tahun itu melakukan perbuatan tidak senonoh ketika dia mengadu sakit kaki selepas aktiviti merentas desa.

“Mangsa mendakwa guru tersebut mengurut kakinya dari tapak kaki hingga ke paha, sehingga menyebabkan dia berasa disentuh di bahagian sensitif,” kata Hasani dalam kenyataan.

Mangsa dikatakan melaporkan kejadian itu kepada seorang guru lain pada 30 Jun sebelum polis mengambil tindakan.

Suspek ditahan pada kira-kira pukul 10 malam tadi tetapi menafikan tuduhan tersebut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories