the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan tindakan keterjaminan makanan UPM tumpu lahir agropreneur, perkasa teknologi

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu dilancarkan menggariskan tiga matlamat utama termasuk melahirkan bakat masa hadapan dan usahawan tani serta memperkasa teknologi dalam bidang pertanian.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata ia juga meletakkan matlamat untuk memastikan penglibatan komuniti dan industri bagi mengurangkan jurang antara dasar dan pelaksanaan dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara.

“Alhamdulillah kita sudah mula bergerak dan kita juga sekarang membuka kepada rakan-rakan institusi pengajian tinggi lain termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti yang boleh menyambungkan agenda besar ini kepada penyelidikan, pengajaran dan sampai kepada komuniti di peringkat bawahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV, hari ini.

Pelan Tindakan itu dilancarkan Jumaat lepas oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata isu keterjaminan makanan melibatkan isu ketersediaan makanan; kebolehcapaian terhadap makanan; kebergunaan makanan dan kestabilan makanan.

“Keempat-empat ini perlukan banyak ilmu dan pengetahuan sebab melibatkan banyak perkara antaranya eksport, import, iklim, cuaca dan sebagainya.

“Jadi kita mengharapkan di bawah blueprint ini kita akan dapat menggerakkan semua warga termasuk pelajar, kakitangan serta para penyelidik supaya memilih usaha paling diperlukan untuk menutup kelompongan yang ada dalam ekosistem keterjaminan makanan negara,” katanya.

Beliau juga berharap pelan tindakan itu dapat berfungsi sebagai serampang dua mata.

“Kita memang ada jaringan dengan rakan seluruh dunia, sama ada kita belajar daripada mereka contohnya Jepun atau negara yang sudah mempunyai sistem keterjaminan makanan yang bagus…Dalam masa sama kita juga punyai jaringan yang kita boleh mengajar mereka.

“Saya yakin untuk UPM, kita akan meletakan satu platform amat baik supaya UPM dapat melonjakkan reputasinya sebagai universitI berteraskan pertanian dan keterjaminan makanan sekali gus boleh memberi impak kepada negara serta dunia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings