the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemancing jumpa pistol, peluru di Pantai Robina

BUTTERWORTH: Seorang pemancing di tepi Pantai Robina di sini menemui sebuah kotak berisi sepucuk pistol beserta pelbagai kelopak peluru dan peluru hidup di persisiran pantai tersebut, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu telah menjumpai kotak plastik yang dibalut dengan pembungkus plastik di lokasi kejadian ketika memancing di kawasan berdekatan sekitar jam 4.30 pagi.

“Pihak polis bersama pasukan forensik terus ke lokasi kejadian dan merampas semua barangan itu antaranya sepucuk pistol beserta magazin yang mengandungi 10 butir peluru hidup dan satu magazin lagi yang mengandungi 10 butir peluru hidup.

“Selain itu, polis turut merampas 21 butir peluru hidup jenis S&B Luger 9mm, peluru R-P Luger 9mm (24 butir), peluru Thai Arms 9mm (tiga butir), satu magazin 21 cm yang mengandungi lima butir peluru, satu magazin dan balutan plastik warna hitam mengandungi laser AVD10 LXGD berwarna hitam,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek disyaki terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Katanya polis komited dan proaktif dalam melumpuhkan kumpulan atau individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah kekerasan yang boleh menjejaskan keselamatan serta keamanan negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings