the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik kedai runcit sangka bunyi tembak gagak, rupanya kes bunuh

KLANG: “Saya sangka operasi tembak gagak atau bunyi mercun, rupanya orang kena tembak,” kata seorang pemilik kedai runcit mengenai kejadian lelaki ditemukan maut ditembak di dalam kereta berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang, semalam.

Wanita berusia 50-an yang enggan dikenali itu berkata kejadian kira-kira 3.20 petang berkenaan berlaku dengan pantas menyebabkannya sukar memastikan arah bunyi tembakan yang dilepaskan beberapa kali.

“Saya sedang mengikat bunga untuk dijadikan kalung sebelum terdengar bunyi letupan seperti mercun. Saya terus pandang ke arah sebuah kedai motosikal yang jaraknya hanya 20 meter dan nampak beberapa inividu termasuk pekerja kedai motosikal itu lari ke arah kedai saya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Wanita berkenaan memaklumkan kejadian seumpama itu kali pertama berlaku di kawasan Taman Meru Utama sepanjang tempoh dia dan keluarga mengusahakan perniagaaan barang runcit dan makanan sejak lima tahun lepas.

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mati ditembak di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings