the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin ASEAN berhimpun di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak, mesyuarat penting hari ini

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Para pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.

Atur cara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan (permukiman) yang menyaksikan para pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.

Turut dijadualkan ialah Sesi Dialog Pemimpin ASEAN bersama Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Sesi Dialog bersama Wakil Belia ASEAN, serta Sesi Dialog bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN.

Sidang hari ini akan diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menampilkan pelbagai hidangan tempatan serta persembahan kebudayaan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan dengan tema Pengerusi ASEAN 2025 oleh Malaysia, iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan.”

Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN, selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN, dua pertemuan penting peringkat tinggi turut diadakan, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, yang menjadi platform strategik untuk memperkasa kerjasama serantau dan antara serantau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img