the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JITRA: Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran agar menguasai perkembangan teknologi baharu terutamanya Kecerdasan Buatan (AI) bagi memastikan mereka tidak ketinggalan sekali gus dapat melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.

“Kalau tertinggal dan tak boleh kuasai cabang ilmu baharu ini iaitu AI, kira kita sudah tertinggal jauh. Saya fikir isu ini sangat relevan sebab pemimpin dan pentadbiran pendidikan, macam mana pun kena olah pelajar kita, paling tidak tahu istilah AI kerana itulah realiti hari ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Eksekutif MADANI bertajuk Peranan Pemimpin MADANI dalam Memartabatkan Manusiawi dan Menyejahterakan Masyarakat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia Cawangan Utara di sini, malam tadi.

Menurutnya dalam aspek ekonomi juga, perladangan bukan lagi komoditi sebaliknya data kini menjadi sumber pendapatan baharu.

“Dunia sudah berubah, perdagangan bukan lagi komoditi seperti dahulu, bijih timah, getah sawit, atau minyak dan gas. Data ialah ‘minyak’ yang baharu,“ katanya.

Sementara itu Pengarah IAB Ab Aziz Mamat berkata Bicara Eksekutif MADANI kali ini amat bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab pemimpin pendidikan dalam organisasi yang diterajui.

“Pemimpin dalam sesebuah organisasi pendidikan terutamanya, amat berperanan dalam memastikan aspek kemuliaan insan dan manusiawi diberikan perhatian utama agar dapat membentuk generasi yang berakhlak tinggi, ihsan, berkeyakinan dan berdaya cipta,“ katanya.

Beliau berkata Bicara Eksekutif MADANI diharap menjadi titik tolak kepada usaha berterusan pemimpin pendidikan untuk menyemarakkan nilai-nilai MADANI dalam setiap aspek kepimpinan dan pengurusan mereka bagi memastikan kesejahteraan, kemampanan dan keselamatan negara terjamin.

Peserta program Iskandar Mohd Nasir yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah di Kelantan berkata program itu memberikan impak sangat tinggi untuk barisan kepimpinan iaitu pengetua dan guru besar.

“Apa yang kita dapat ialah bagaimana pendidikan harus mendepani perubahan dalam arus teknologi maklumat terutama AI. Pemimpin pendidikan diberikan tanggungjawab sangat besar untuk mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran AI ini.

“Ia tidak mudah, namun harus didepani dan harus diburu kerana ia merupakan hasrat dan teras dalam tonggak kerajaan MADANI,“ katanya.

Ku Nor Suriati Ku Ishak yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah pula berkata program tersebut sangat membuka minda pemimpin pendidikan dalam usaha melahirkan pelajar yang bakal menjadi pemimpin akan datang dengan input untuk merealisasikan hasrat Malaysia MADANI.

Program Bicara Eksekutif MADANI kali ini disertai barisan pemimpin dan pentadbiran pendidikan Zon Utara dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kelantan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img