the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengawal keselamatan ditahan selepas senapang meletup tanpa disengajakan

ALOR GAJAH: Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat sekuriti yang dipercayai cuai ketika mengendalikan senapangnya, sehingga mengakibatkan satu das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja, semasa dia sedang bertugas di Hospital Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang di Pejabat Unit Hasil hospital berkenaan, dan polis menahan pengawal keselamatan berumur 56 tahun itu selepas menerima aduan daripada pegawai operasi syarikat sekuriti tersebut pada kira-kira pukul 6.20 petang.

Beliau berkata senapang jenis ‘Winchester’ dibekalkan syarikat sekuriti itu dikatakan diletakkan di atas meja dalam keadaan kunci keselamatan tidak dipasang dan ketika pengawal keselamatan itu berdiri, paha kanannya terkena bahagian ‘butt’ senjata api itu, lalu ia terhentak ke lantai menyebabkan satu das tembakan dilepaskan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam.

Ashari berkata pengawal keselamatan itu telah bekerja di syarikat berkenaan sejak dua tahun lalu, dan baru mendapat lesen senjata api tahun lepas, yang dikeluarkan serta diperbaharui Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings