the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengawal keselamatan mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram, amang seksual dua anak perempuan

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini, atas sembilan pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan, sejak 2018.

Lelaki berusia 39 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya berusia 13 dan 16 tahun ketika kejadian dan kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Durian Tunggal antara pertengahan November 2018 dan pertengahan Ogos 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, turut didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebat, serta Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan supaya jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali.

Hakim Syazana Abd Lajis mengarahkan lelaki itu dijamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pendakwaan, serta menetapkan 9 Okt sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings