the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan

PETALING JAYA: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah Stesen Transit Aliran Massa (MRT), minggu lepas.

Mohamad Hasif Syazani Zulkifle, 26, didakwa membakar kereta Proton Preve berwarna putih milik polis bantuan Prasarana di Stesen MRT Mutiara Damansara di sini pada 1.17 pagi, 15 Feb lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam Kailash Sharma, yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan tiada risiko melarikan diri.

Hakim Dr Syahliza Warnoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan kes.

Di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan khianat dengan menconteng dinding di stesen MRT itu pada 1.10 pagi, tarikh sama, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan sama seperti di Mahkamah Sesyen dan menetapkan tarikh sama (21 Mac) untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala Mohamad Hasif diwakili peguam sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings