the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengkalan Kempas perlu pembangunan terancang, tarik lebih ramai pengunjung

PORT DICKSON: Usaha membangunkan aspek pelancongan di Pengkalan Kempas memerlukan sokongan serta inisiatif semua pihak termasuk kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan produk pelancongan yang menarik sehingga berupaya menerima lebih ramai pengunjung.

Antara tumpuannya ialah Jeti Pengkalan Kempas yang dilihat perlu dinaik taraf kerana ia merupakan lokasi popular buat “kaki pancing” ikan dan udang galah di Sungai Linggi terutamanya pada hujung minggu.

Jeti itu juga mempunyai nilai sejarah kerana merupakan laluan pedagang serta tempat perhentian kapal para pembesar dan orang kenamaan pada zaman dahulu.

Bagi pengusaha penyewa bot, Lee Ching Dong, 37, berkata jeti itu mempunyai tarikan tersendiri serta bersejarah mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Keluarga saya mengusahakan perkhidmatan sewa bot ini lebih 35 tahun, kebanyakan penyewa ialah pemancing udang galah. Walaupun hanya pekan kecil, ia berpotensi dibangunkan untuk pelancongan.

“Sekiranya jeti ini diperbaik seperti Jeti Pengkalan Sungai Timun, Linggi, ia dapat memberi kesan ekonomi yang baik kepada para peniaga kecil serta penduduk tempatan di sini,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama mendapati antara tarikan di kawasan berkenaan ialah Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan batu megalit, dipercayai telah wujud sejak abad kedua dan ketiga.

Selain itu, terdapat beberapa deretan premis bangunan lama dicat semula serta lukisan mural pada dinding bangunan bagi menghidupkan suasana pekan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri Datuk Mohd Faizal Ramli berkata satu jawatankuasa khusus akan diwujudkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk membangunkan mukim Linggi dalam sektor pelancongan.

Menurutnya, perlu ada perancangan lebih strategik melibatkan semua pihak termasuk penduduk tempatan dan kerajaan negeri bagi membangunkan kawasan itu.

“Setiap hujung minggu, penuh pemancing menyewa bot di jeti ini. Saya lihat kemudahan di sini usang dan perlu digantikan … kalau boleh dibina jeti jenis terapung. Saya difahamkan hampir 100 bot dan perahu berada di jeti ini, ia memerlukan satu pembangunan yang terancang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi itu turut memuji inisiatif persatuan pelancongan tempatan secara sukarela menghiasi dinding bangunan lama dengan lukisan mural bagi menghidupkan suasana pekan kecil di jeti itu.

Beliau berkata Pengkalan Kempas juga terkenal dengan bahan sejarah seperti batu megalit serta kompleks sejarah yang dapat dikunjungi pelancong.

“Sebelum ini, pengunjung kebanyakannya ke Port Dickson kerana keindahan pantainya … Linggi juga mempunyai tarikan semula jadi yang menarik untuk diterokai,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings