the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengundi Nenggiri cukup matang nilai prestasi BN – Mahdzir

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

GUA MUSANG: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diyakini cukup matang untuk menilai prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan bagi membuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 17 Ogos ini.

Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau juga percaya pengundi di sini dapat merasai dan menilai prestasi kedua-dua parti yang bertanding sebaiknya.

“Mereka tahu bagaimana kerajaan BN dahulu, mereka tahu bagaimana kerajaan negeri (diterajui) PAS.

“Walaupun pengundi Nenggiri ini jauh dari bandar Kota Bharu, tetapi mereka mempunyai pemikiran yang baik dari segi pertimbangan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyertai calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkempen di sini.

UMNO Kedah diberi tanggungjawab menyelaras jentera BN di Kampung Bertam dan Kuala Sungai, yang merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu.

Mahdzir berkata sepanjang dua hari pertama kempen, tidak banyak isu besar dibangkitkan pengundi selain perkara berkaitan kehidupan harian masyarakat setempat yang akan diberi tumpuan untuk diselesaikan.

Pada PRK berkenaan, Mohd Azmawi Fikri berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

DUN Nenggiri dipertandingkan mulai 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN sebelum kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img