the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga kerugiah lebih RM100,000 akibat terpedaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang peniaga warga emas dari Temerloh mengalami kerugian lebih RM100,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan pada November lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 67 tahun itu telah menyertai skim pelaburan saham pada 8 Nov lepas melalui aplikasi WhatsApp selepas suspek mendakwa dirinya pemegang jawatan tinggi dalam Bursa Saham.

Beliau berkata mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan tersebut apabila suspek memberitahu bahawa tiada cukai pelaburan dikenakan sekiranya peniaga itu menyertai pelaburan pada hari berkenaan .

“Mangsa telah membuat sembilan kali transaksi ke lapan akaun bank berlainan, sebanyak RM117,000. Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal berhubung dengan suspek dan tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini dan turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings