the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penularan Covid-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri: Exco

IPOH: Walaupun jumlah kes positif terkawal, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 pada musim cuti sekolah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata pihaknya bimbang sekiranya pergerakan keluar masuk sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini serta perayaan Krismas akan menyumbang kepada peningkatan kes di negeri ini.

“Setakat ini di Perak (terdapat) lebih kurang 600 kes dan tidak kritikal manakala kes kematian di negeri masih rendah, jadi kita harap dapat kekalkan status itu, malah 14 hospital di seluruh negeri bersedia untuk menerima pesakit Covid-19,“ katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Aspirasi Wartawan Perak yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang turut dihadiri Pengarah PASAK Aldrin Ng.

Justeru, Sivanesan berkata kawalan kendiri penting bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dalam kalangan masyarakat, selain mereka yang bergejala harus kuarantin di rumah.

Pada 18 Dis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya berkata bagi tempoh 10 hingga 16 Dis sebanyak 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings