Saturday, November 8, 2025
30.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penutupan NPE dan Besraya untuk IJM Duo Highway Challenge Run 2025

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara bermula 1 pagi hingga 11 pagi, Ahad ini (3 Ogos) bagi memberi laluan kepada IJM Duo Highway Challenge Run 2025.

Bagi NPE, penutupan itu melibatkan dari kilometer (KM) 1.8 di Bulatan Kewajipan (Subang Jaya) ke KM 11 ke arah Bangsar serta dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam di kedua-dua arah.

Di Besraya pula di laluan persimpangan bertingkat Kuchai Lama hingga ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi kedua-dua arah.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan Wan Salwani Wan Yusoff berkata pengguna diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesulitan sepanjang penutupan itu dengan butiran berkaitan laluan alternatif boleh diperoleh melalui platform media sosial NPE dan Besraya.

Beliau berkata penutupan bagi acara tahunan itu mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang acara. Pasukan pengurusan trafik serta petugas teknikal juga akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan pelaksanaan acara berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kira-kira 13,000 peserta dijangka menyertai acara itu yang akan bermula dan tamat di hadapan pusat beli-belah Sunway Pyramid, dengan kategori utama melibatkan larian maraton penuh sejauh 42.1 km, selain kategori 21km, 10km dan 5km.

Beliau berkata peserta maraton penuh akan melalui kedua-dua lebuh raya utama itu dengan pelari akan memulakan larian menghala ke arah Templer dan Kuchai Lama sebelum berpatah balik ke titik permulaan di Sunway Pyramid.

“Laluan yang terlibat di Lebuhraya Besraya termasuk Kuchai Lama, Sungai Besi, Salak Selatan, Plaza Tol Loke Yew, Jalan Istana, Jalan Cheras, Pandan Indah, Maluri, Jalan Pandan 1 dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Di Lebuhraya NPE pula melibatkan laluan susur masuk dan keluar Kampung Pasir, Pantai Sentral Park, Kuchai Maju, Sungai Besi dan laluan pusingan U Kuchai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Usuf Jan menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak polis yang akan bertugas di lokasi sepanjang acara berlangsung.

“Pihak polis bersama petugas trafik lebuh raya akan memastikan aliran trafik dan keselamatan sepanjang acara berjalan lancar. Sebarang kesulitan amat dikesali dan kerjasama daripada semua pihak amat dihargai,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Jaecoo J5 EV launched in Indonesia

Jaecoo has officially introduced the all-electric J5 EV in Indonesia, signalling another major step in the brand’s regional expansion within Southeast Asia’s fast-growing EV market. The SUV is offered in two trims — the Standard, priced at 249.9 million rupiah (around RM63,000), and the Premium, at 299.9 million rupiah (around RM75,000). These launch prices are exclusive to the first 1,000 buyers, making the J5 EV one of the most accessible electric SUVs in the segment. Both variants share a similar powertrain setup, featuring a front-mounted electric motor that produces 211 PS and 288 Nm of torque, powered by a 60.9 kWh battery pack. With this configuration, the J5 EV can sprint from 0 to 100 km/h in just 7.7 seconds and offers an impressive driving range of up to 461 km based on the NEDC cycle.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img