the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyedia aplikasi Telegram sedia beri kerjasama banteras isu cetak rompak digital – Fahmi

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Penyedia aplikasi Telegram sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam membanteras jenayah cetak rompak digital yang berleluasa di platform itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pertemuan sudah diadakan bagi membincangkan isu itu bersama Telegram dengan kali terakhir pada April lepas.

“Memang itu kita lihat dalam beberapa platform terutama Telegram. Aduan yang kita terima termasuk dari pihak Astro mengenai filem yang dicetak rompak dan diedar melalui platform itu.

“Ini memerlukan kerjasama pihak pengedar, pemilik hak cipta dan badan kawal selia seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan saya harap kita dapat pastikan platform lain juga kita dapat banteras cetak rompak digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum tayangan khas filem Sheriff: Narko Integriti di sini malam Rabu (Mei 8).

Terdahulu, isu cetak rompak di aplikasi Telegram kembali hangat diperkata selepas pengarah dan penerbit drama prolifik Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa apabila naskhah terbaru arahan beliau iaitu Khunsa boleh ditonton di platform itu dengan mudah.

Justeru itu, beliau meminta Kementerian Komunikasi campur tangan melalui agensinya, MCMC bagi membantu menangani apa yang disifatkan sebagai gejala cetak rompak digital.

Fahmi juga berkata pihaknya, menerusi MCMC, memerlukan sedikit masa dalam membanteras isu itu kerana platform yang digunakan bagi melakukan aktiviti cetak rompak digital tidak berpangkalan di Malaysia.

“Mungkin mereka tidak faham beberapa undang-undang di Malaysia. Jadi, pihak MCMC telah mengadakan siri perbincangan (bersama pihak terlibat) dalam isu hak cipta.

“Jadi, saya harap masalah ini dapat dibanteras dengan lebih berkesan tidak lama lagi,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinFast announces special incentives for new electric motorcycle showrooms in Indonesia and the Philippines,...

MANILA/JAKARTA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – VinFast has announced a special incentive package of up to US$60,000 for each new electric motorcycle showroom opened by its dealer partners in the Philippines and Indonesia.

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img