the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat – Nik Nazmi

PUTRAJAYA: Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata proses peralihan itu telah bermula dan perkara itu akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kelak.

“Peralihan ini tidak dibuat sekali gus, ia akan dilaksanakan secara berperingkat namun prosesnya sudah pun bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Insya-Allah, saya rasa menjelang tahun depan kita akan lihat secara praktis perkara itu dapat dilaksanakan,“ katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV dan Perasmian Stesen Pengecas Pantas EV di sini hari ini.

Ditanya sama ada peralihan itu akan membabitkan semua peringkat atau jabatan tertentu, Nik Nazmi berkata perkara itu bergantung kepada keperluan dan tertakluk kepada keputusan MOF.

“Ia bergantung kepada keperluan sebab ada beberapa aspek yang perlu diambil kira kerana dalam garis panduan (peralihan kenderaan kerajaan) perlu dilihat apa keperluannya.

“Keperluan itu bergantung sama ada peralihan itu boleh dipenuhi EV tempatan atau EV lain dan sebagainya,“ katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV merupakan dokumen panduan yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

Ia dilakukan bersama pakar teknikal dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta industri.

Beliau berkata dokumen itu memperincikan strategi peralihan yang merangkumi penilaian inventori ‘fleet’ semasa untuk mengenal pasti keperluan operasi, pemilihan kenderaan elektrik, perancangan infrastruktur pengecasan dan analisis kos serta pengurangan pelepasan karbon bagi memastikan peralihan yang terancang dan berkesan di samping memperkukuhkan agenda kelestarian alam sekitar.

“Selain itu, aspek keselamatan, pemantauan, pelaporan dan latihan juga menjadi keutamaan untuk menjamin kelancaran transformasi ini.

“Saya percaya, dengan sokongan semua pihak seperti pengurus perolehan dan aset, pengurus kewangan, akaun termasuk para pemandu akan memberi impak positif dan berkesan dalam pengurusan alam sekitar selain mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan dalam jangka masa panjang,“ katanya.

Beliau berkata garis panduan itu juga bertujuan untuk memastikan peralihan kenderaan kerajaan kepada EV berjalan lancar malah dapat memacu inovasi dan pembangunan ekosistem EV di Malaysia secara mampan.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Stesen Pengecas Pantas EV yang pertama di Blok F11, Kompleks F, di sini.

Nik Nazmi berkata stesen pengecasan pantas itu mempunyai kapasiti 60 kilowatt, yang membolehkan EV dicas hingga kapasiti 80 peratus dalam masa kurang daripada 30 minit berbanding pengecas biasa jenis arus ulang alik (AC) yang mengambil masa beberapa jam.

“Inisiatif ini turut menyokong visi Putrajaya sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2025 dengan memperlihatkan Kompleks F sebagai contoh bagi pelaksanaan Zon Rendah Karbon.

“Projek ini bertujuan mempamerkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam premis kerajaan, memudahkan pemilikan dan penggunaan EV melalui penyediaan infrastruktur sokongan, serta menjadi contoh kepada kementerian dan jabatan serta agensi lain,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings