the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa perintah Mahkamah Sesyen agar Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah adalah bercanggah dengan keterangan saksi.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, dalam penghakiman bertarikh 20 April lepas, berkata dua saksi penting pendakwaan iaitu ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid dan konsultan Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

“Madhi semasa disoal oleh pendakwaan menafikan bahawa RM2.8 juta yang dibayar kepada tertuduh kedua (Zizie Izette) di Public Bank Taman Melawati adalah untuk tertuduh pertama (Bung Moktar).

“Norlaili turut mengesahkan bahawa tiada unsur suapan atau permintaan untuk perkara itu dalam kes ini. Beliau turut mengesahkan bahawa wang yang dibayar kepada tertuduh kedua adalah bayaran pengenalan,“ katanya.

Beliau berkata meskipun begitu, Mahkamah Sesyen telah memilih untuk menerima pernyataan terdahulu kedua-dua saksi yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

“Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa keterangan lisan kedua-dua saksi tidak memberi kesan kepada pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh,“ katanya.

Beliau juga berkata Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan ini menyebabkan berlaku ketidakadilan yang serius kepada kedua-dua tertuduh.

Justeru, hakim itu berpandangan adalah sesuai dan wajar untuk Mahkamah Tinggi menggunakan kuasa semakannya.

“Oleh itu, kedua-dua permohonan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Sesyen diketepikan serta diganti dengan perintah pembebasan dan pelepasan tanpa dipanggil membela diri,“ katanya.

Bung Moktar dan Zizie Izette dibebaskan pada 7 Sept 2023 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri atas pertuduhan rasuah.

Susulan itu, pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 Sept tahun lepas dan Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai ini untuk pendengaran kes tersebut.

Pada 2 Sept 2022, Mahkamah Sesyen telah mengarahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah dan ini menyebabkan mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi.

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, telah didakwa pada 3 Mei 2019 dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur sebanyak RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima suapan itu daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung kesalahan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings