the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkhidmatan ETS dan komuter laluan Kampar-Slim River kembali pulih, KTMB mohon maaf

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tampil memohon maaf atas gangguan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter di laluan antara Kampar dan Slim River sejak semalam, yang berjaya diselesaikan sepenuhnya petang tadi.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan gangguan bermula 5.44 petang semalam susulan masalah bekalan kuasa pada alat talian atas itu telah menyebabkan beberapa perkhidmatan tren tergendala dan mengalami kelewatan.

“Akibat gangguan itu, pergerakan tren di laluan terlibat hanya dapat dijalankan melalui satu landasan secara bergilir-gilir bagi menjamin keselamatan dan kelancaran operasi.

“Situasi ini telah menyebabkan lapan perkhidmatan tren ETS dan dua perkhidmatan KTM Komuter mengalami kelewatan melebihi 60 minit,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sebagai langkah awal, KTMB telah memaklumkan situasi berkenaan kepada penumpang menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala perkembangan terkini dikongsi secara berterusan melalui saluran media sosial rasmi.

Selain itu, KTMB memaklumkan kru bertugas turut mengedarkan makanan dan minuman kepada penumpang yang terjejas lebih dua jam di stesen dan dalam tren.

“Pasukan elektrifikasi KTMB juga telah digerakkan serta-merta ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan segala usaha baik pulih telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 5 petang hari ini dan perkhidmatan tren telah kembali beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

KTMB turut merakamkan penghargaan kepada semua penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan, serta menegaskan komitmen untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para pengguna.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings