the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah

KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Parang Abai@Thomas berkata langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman.

“Pada tiga hari program ini kami membawakan tiga daripada enam inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) antaranya Infra@PUJI yang menawarkan rumah mampu milik di bawah RM300,000.

“Ini juga membuka peluang kepada penduduk di Selangor yang bekerja di Kuala Lumpur untuk memiliki rumah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka,” katanya dalam temu bual di radio NASIONALfm hari ini.

Sementara itu Facebook rasmi Malaysia MADANI memaklumkan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sesuai untuk seisi keluarga pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah antaranya cabaran sepak penalti anak muda MADANI, pertandingan mewarna dan menulis khat kaligrafi Islam, saringan kesihatan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), senamrobik berirama dan Konsert Showcase Anak Muda MADANI x Kita Selangor.

Sekretariat Program MADANI Rakyat dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan program bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Feb, yang dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings