the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61

KUCHING: Sambutan Hari Malaysia ke-61 hari ini diharap dapat meneguhkan lagi ikatan perpaduan dan memupuk semangat setia kawan yang tinggi dalam kalangan rakyat di negara ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ikatan serta semangat tinggi ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi MADANI yang memiliki jati diri tinggi, dan setia sepanjang masa kepada ibu pertiwi.

“Tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ pada tahun ini secara simboliknya merupakan satu seruan khas kepada seluruh rakyat untuk memantapkan serta menghayati erti sebenar kemerdekaan dalam jiwa dan jati diri setiap warga Malaysia yang cintakan tanah air,” katanya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia ke-61, beliau berkata sambutan itu adalah wadah untuk memperingati persetujuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum keluar dari Malaysia pada 1965 untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 melalui Perjanjian Malaysia 1963 .

“Sepanjang 61 tahun kita sudah berada dalam Persekutuan Malaysia, Sarawak terus melangkah maju dan berdaya saing dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan ekonomi,” katanya.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan ke arah dasar penjanaan ekonomi mapan berteraskan sumber baharu dan ekonomi digital menerusi pendekatan baharu di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030 (PCDS 2030).

Beliau berkata PCDS 2030 menekankan tiga dasar utama terdiri daripada kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurut Abang Johari, Sarawak semakin ke hadapan dengan kekuatan yang ada dengan pencapaian unggul, membawanya untuk diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai sebuah wilayah berpendapatan tinggi pada tahun lepas.

“Saya amat berharap pembangunan ekonomi akan terus pesat dan keharmonian rakyat pelbagai agama dan bangsanya terus berkekalan pada masa hadapan, berbekalkan semangat ‘Segulai Sejalai’ yang terbina atas dasar saling menghormati,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings