the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta

TAIPING: Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta pada bulan Julai tahun lepas.

Saiful Nizam Saharuddin, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Pemilik PMBIS Growth Venture itu didakwa memindahkan sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram ke akaun milik empat individu, menerusi empat transaksi dengan jumlah keseluruhan bernilai RM926,427.53, dan semua kesalahan itu dilakukan di CIMB Islamic Bank Berhad, Klang, Selangor pada 27 Julai tahun lepas.

Dia dituduh di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001[Akta 613] yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan juga denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan kerana perbuatan itu melibatkan kesalahan serius dan membabitkan kepentingan awam.

Peguam Pang Tek Kit yang mewakili Saiful Nizam pula memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya itu sukar memperolehi pekerjaan pada masa ini di samping mempunyai tiga orang anak berusia setahun hingga 11 tahun serta bakal berhadapan dengan kes penceraian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin warganegara yang menetap di Kuala Kangsar serta diminta untuk melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings